JEAN-PAUL SARTRE (1905-1980)
Muhammad Rafi Aiman Bin Ramlan A171946
(Isnin : 5.00 Petang)

JEAN-PAUL SARTRE adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia falsafah. Beliau merupakan seorang tokoh falsafah moden terkenal dari Perancis dan mempunyai nama lengkap Jean-Paul Charles Aymard Sartre. Beliau berasal dari Perancis, lahir pada 20 JUN 1905 di Paris dan meninggal dunia pada 15 APRIL 1980. Sartre merupakan anak tunggal kepada pasangan Jean-Baptiste Sartre dan Anne-Marie Schweitzer. Ibunya adalah sepupu kepada tokoh falsafah Jerman yang juga penerima anugerah Nobel iaitu Albert Schweitzer. Sartre yang lebih dikenali sebagai Paulou ketika kecil adalah seorang yang pemalu, dan suka menyendiri. Hasil dari pengasingan diri itu beliau membesar dengan mencintai buku dan juga dikenali sebagai seorang murid yang cerdas. Seawal usia 17 tahun, beliau memulakan 6 tahun pengajian untuk mendapat “aggregation” iaitu satu ujian yang memberi peluang karier akademik dan falsafah. Sartre juga mengikuti pengajian falsafah di École Normale Supérieure pada tahun 1924. Ia juga bertemu dengan novelis Simone de Beauviour iaitu seorang ahli falsafah eksistensialis yang juga menjadi kekasih seumur hidup serta kekasih intelektualnya, Beauviour adalah isteri beliau. Sartre juga pernah menjadi tenaga pengajar di lycées, Paris dan Le Havre dalam beberapa waktu yang singkat. Seterusnya, beliau juga menuntut di Jerman, bergurukan dua tokoh gergasi falsafah Jerman iaitu Edmund Husserl dan Martin Heidegger. Sarter menguasai ilmu berkaitan falsafah dengan meluasnya. Beliau terkenal dengan penulisan falsafah dan novel. Ia juga menjadi pengaruh utama falsafah Perancis ke-20 dan penyokong eksistensialisme yang terkenal.
                Dalam riwayat hidup Sartre, beliau telah mengarang pelbagai buku yang rata-ratanya masih diguna pakai hingga ke hari ini. Buku Being and Nothingness adalah karya paling terkenal dikarang oleh Sartre dan menjadi rujukan popular dikalangan pelajar di British sekitar tahun 1960. Being and Nothingness yang banyak dipengaruhi falsafah sebelumnya terutama Kierkegaard dan Heideggar. Buku ini adalah antara karya terbesar dalam bidang falsafah eksistensialisnya sebagai “penulisan dalam ontologi fenomologi”, yang pada dasarnya sebagai kajian kesedaran. Selain itu, buku ini membicarakan tentang kebenaran yang berkaitan bahawa makhluk itu sendiri mempunyai makna hanya menerusi pergerakan selama-lamanya ke masa depan yang tidak diketahui. Buku ini juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan digunakan bagi tujuan ilmiah. Di samping itu, buku ini juga dikenali sebagai “kitab eksistensialisme”.
                Sartre terkenal dengan hujah-hujah falsafahnya yang boleh diterima oleh masyarakat, antaranya ialah falsafah yang membincangkan mengenai eksistensialisme. Menurut beliau eksistensi mendahului esensi. Hal ini digunakan untuk mengemukakan pandangan Sartre bahawa kewujudan manusia di dunia ini pada awalnya tanpa tujuan yang khusus. Tujuan hidup ini kelak muncul dari pengalaman manusia untuk mencari maksud sebenar kehidupan itu. Perkara ini sangat bercanggah dengan falsafah terulung Aristotle dalam karyanya yang bertajuk Ethics, yang menyatakan bahawa manusia diciptakan untuk memenuhi tujuan tertentu sehingga manusia menjalani kehidupannya untuk memenuhi tujuan itu. Dari perspektif yang berbeza, Sartre sebaliknya menyatakan bahawa tidak ada Tuhan atau perancang yang memberi arahan sesuatu tujuan bagi manusia. Jadi, terserah pada manusia itu sendiri untuk berfikir bagi menentukan tujuan terbaik baginya. Walaupun Sartre merupakan seorang ateis, ia tidak menggunakan Ateisme sebagai dasar penghujahan kepada eksistesialismenya.

RUJUKAN
Kumara Ari Yuana. 2010. 100 Tokoh Filsuf Barat dari Abad 6 SM – Abad 21 yang Mengispirasi
                Dunia Bisnis.
Yogyakarta : ANDI.
Professor Paul Vincent Spade. 1996. Jean-Paul Sartre’s Being and Nothingness.
http://pvspade.com/Sartre/pdf/sartre1.pdf [31 Ogos 2018].
Jean Paul Sartre. 2002. Eksistensialisme dan Humanisme. Yogyakarta : Pustaka Pelajar.

















Comments