Posts

Image
JEAN-PAUL SARTRE (1905-1980) Muhammad Rafi Aiman Bin Ramlan A171946 (Isnin : 5.00 Petang) JEAN-PAUL SARTRE adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia falsafah. Beliau merupakan seorang tokoh falsafah moden terkenal dari Perancis dan mempunyai nama lengkap Jean-Paul Charles Aymard Sartre. Beliau berasal dari Perancis, lahir pada 20 JUN 1905 di Paris dan meninggal dunia pada 15 APRIL 1980. Sartre merupakan anak tunggal kepada pasangan Jean-Baptiste Sartre dan Anne-Marie Schweitzer. Ibunya adalah sepupu kepada tokoh falsafah Jerman yang juga penerima anugerah Nobel iaitu Albert Schweitzer. Sartre yang lebih dikenali sebagai Paulou ketika kecil adalah seorang yang pemalu, dan suka menyendiri. Hasil dari pengasingan diri itu beliau membesar dengan mencintai buku dan juga dikenali sebagai seorang murid yang cerdas. Seawal usia 17 tahun, beliau memulakan 6 tahun pengajian untuk mendapat “aggregation” iaitu satu ujian yang memberi peluang karier akademik dan falsafah. Sartre j